Friday, June 21, 2013

KEPENTINGAN TULISAN JAWI








Kepentingan Tulisan Jawi sukar dinafikan oleh sesiapa. Seseorang yang ingin  menyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu
khasnya, bahkan agama Islam dan perkembangannya di Alam Melayu amnya
memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi.

Ini kerana terdapat  manuskrip-manuskrip lama Melayu yang begitu banyak, sama ada yang telah diteroka dan dirumikan atau yang baru diteroka dan dirumikan," ataupun yang masih belum memaparkan berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan tamadun Melayu dan agama Islam, di mana semuanya adalah dalam tulisan Jawi.

Walaupun sistem Tulisan Jawi yang mewarisi segala ciri tulisan Arab ini
telah jauh terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab, namun ia
tetap mempunyai asas sistem tulisan Arab sehingga orang yang menguasai
tulisan Jawi lebih mudah mempelajari bahasa Arab dan menyenangkannya
mempelajari al-Qur'an.12


No comments:

Post a Comment