Friday, June 21, 2013

TULISAN JAWI YANG SEMAKIN TERANCAM





















Menurut Isahak Haron et.al (2005), fenomena ini berlaku mulai tahun 1960an apabila penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar Islam di sekolah merosot, kerana tulisan Jawi telah diganti dengan tulisan Rumi dalam penerbitan buku teks dan buku-buku rujukan Pendidikan Islam.  Kemudian,pada pertengahan 1980an atas desakan daripada masyarakat Islam umumnya, tulisan Jawi diguna semula untuk pengajaran Pendidikan Islam. Walau bagaimanapun penguasaan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar adalah kurang memuaskan.

 Perkara ini dapat dibuktikan melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik yang berminat untuk meninggikan martabat tulisan Jawi kembali kepada zaman kegemilangannya. Antara kajian yang dijalankan tentang penguasaan tulisan Jawi ini  mendapati:

1. Berdasarkan laporan pemantauan j-QAF peringkat negeri Sarawak 2008 hasil dari pemantauan ke beberapa buah sekolah di Bahagian Sarikei dan Bahagian Sibu mendapati  masih ramai pelajar yang belum menguasai kemahiran jawi dan didapati terdapat guru j-QAF yang kurang jelas konsep Kelas Pemulihan Jawi.

2. Merujuk kepada kajian Sabariah (2008) mendapati prestasi murid dalam Model Pemulihan Jawi masih berada pada tahap sederhana (min 2.5  – 2.99).  Kajian ini melibatkan 305 guru j-QAF ambilan tahun 2005, 2006 dan 2007 di sebuah institusi perguruan di Sabah.

Berdasarkan keseluruhan min bagi perolehan data berikut didapati (i) pelajar dapat MENGENAL HURUF JAWI dengan baik (min=2.82), (ii)  pelajar dapat MEMBACA HURUF JAWI dengan baik (min=2.86) dan (iii) pelajar dapat MENULIS HURUF JAWI dengan baik (min=2.70). Min keseluruhan di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar adalah MASIH SEDERHANA dan belum memuaskan. Oleh itu, memerlukan penambahbaikan dan komitmen guru dari semasa ke semasa.

3. Hasil kajian dari Siti Fatimah (2007) ke atas 15 orang pelajar menjadi responden dengan menggunakan kaedah KUALITATIF sebagai dominsai kajian tersebut.  Analisis mendapati daripada 3 aspek yang dikaji iaitu (i) Ujian MENGENAL HURUF JAWI = 42% tidak kenal, 58 % kenal, (ii) Ujian MENULIS HURUF JAWI = 65.4 tidak boleh menulis, 34.6 boleh menulis dan (iii) ujian MEMBACA HURUF JAWI = 48.4 tidak boleh baca, 51.6 tidak boleh baca.

4. Hasil kajian oleh Nik Rosila (2007) terhadap 400 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. mendapati penguasan jawi adalah LEMAH dalam aspek berikut: Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran.

5. Berdasarkan analisis kajian oleh Siti Fatimah et. al (2007) berhubung dengan PENGUASAAN HURUF TUNGGA JAWI, yang mana 3 ujian dilakukan ke atas 17 orang pelajar  melalui  kaedah kualitatif, mendapati:

(i) MENGENAL HURUF TUNGGAL JAWI
100 % murid tidak mengenali huruf ى (ya leweh) berbanding huruf   ة (41.2 %).  Manakala 5.9 %  murid mengenali huruf ث,  17.6 %  huruf ؤ dan لا, 58.8 % huruf غ,  64.7 % huruf خ , ء dan 76.5 % murid mengenali huruf ز .  Kajian mendapati bahawa 23.5 % murid mengenali huruf  ف , manakala 47.1 huruf  غ dan  52.9 %  huruf  ض.  Hasil yang menarik sekali ialah keseluruhan murid 100 % mengenali huruf د. Hampir keseluruhan murid  70.6 % dapat mengenali huruf خ , س , ش , ص , ض , ط , ف , ق , 82.4 % huruf ظ , ع , ك , , ي , 88.2 % huruf ث , ج , ذ , م , ن dan 94.1 % mengenali dengan mudah huruf ا , ب , ت , ح , ر , ل , و .



(ii) MEMBACA HURUF TUNGGAL JAWI
100 % murid tidak boleh membaca huruf  ى (ya leweh) berbanding huruf ة (35.9 %), Peratusan boleh baca huruf ة menurun berbanding mengenali huruf tersebut. Manakala 5.9 %  murid boleh baca huruf ث dan  11.8 %  huruf ؤ dan لا. Manakala, 23.5 % murid boleh baca huruf ف, 47.1 % huruf  غ dan  52.9 %  huruf  ض.  Huruf –huruf  ini mudah dibaca sebagaimana murid mengenali huruf tersebut. 76.5 % murid boleh membaca huruf  ز , . Huruf  د masih menguasai 100 %  jumlah murid dalam pembacaan.

Kajian juga mendapati bahawa 58.8 % murid boleh membaca huruf خ, ط , غق , ء, 64.7 %  huruf س , ش , ص, 70.6 % huruf خ , ضف , 82.4 % huruf ظ , ع , ك, ي , 88.2 % huruf ث , ج , ذ , م , ن dan 94.1 % boleh membaca dengan mudah huruf ا , ب , ت , ح , ر , ل , و . Hasil kajian yang diperolehi mendapati kebanyakan murid sudah boleh membaca hampir semua huruf-huruf tunggal jawi.

(iii) MENULIS HURUF TUNGGAL JAWI
100 % murid  tidak boleh menulis huruf ث berbanding huruf ا yang dapat dikuasai sepenuhnya (100 %). Dapatan juga memperolehi hanya  5.9 % murid boleh menulis huruf ق , ؤ. Manakala  29.4 % huruf لا. Kemudian 35.3 % huruf ص, ض . Manakala 47.1 % huruf خ , dan 58.8 %  huruf ز, غ, ف . Pengkaji mendapati terdapat huruf-huruf yang tiada dalam sukatan bersama dengan huruf dalam sukatan dapat dikuasai oleh segelintir murid dari sudut penulisan iaitu 17.6 % huruf dan ى (ya leweh), 41.2 % huruf ط , ظ ,ف , 52.9 % huruf غ,ك , م , ء , ة  ,dan 64.7 % murid boleh menulis huruf ح , ذ , ر , ش , ع , ن , و .  Dapatan  ini  berbeza dengan tahap mengenal dan membaca di mana terdapat huruf yang mereka tidak boleh kenal dan baca tetapi boleh pula ditulis.


Perbezaan yang dikenalpasti daripada huruf-huruf yang terdapat dalam sukatan Pemulihan Jawi tahun Satu di mana huruf ض  hanya dapat ditulis oleh 11.8 % murid sahaja berbanding huruf ث yang memperolehi 82.4 %.  Huruf-huruf yang lain dapat ditulis dengan baik di mana dapatan memperolehi 76.5 %  huruf ج , د , سي dan 88.2 % huruf ب , تخ. Kebanyakan responden dapat menulis huruf ل (94.1 %). Keadaan ini dapat diintepretasi bahawa huruf tersebut amat sinonim dengan bentuk mata kail, kaki payung atau tongkat oleh kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment